17 Mei 2017

Cara Nak Faham Tentang Takaful

Tak perlu kata apa apa.
Kalau nak kata apa apa marilah kita jumpa. Hanya gambar berbicara tidak  sehebat  orang yang berkata kata.


#perundingbest


Serangan jantung dan air panas

*Serangan Jantung Dan Minum Air Panas*


Ini adalah satu artikel yang sangat baik. Tidak dengan hanya meminum air panas selepas makan, tetapi tentang terjadinya *Heart Attack* itu.      


        
Inilah masanya anda perlu mengubah tabiat cara anda  minum semasa makan. Bagi mereka yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Amalan atau cara begini adalah *sangat berbahaya* untuk anda jika anda masih mengamalkan meminum *air dingin/ais* semasa makan. Kerana, air sejuk akan *membekukan makanan berminyak* yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.


Apabila ini terjadi 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Kemudian ia akan memenuhi usus. Tidak lama kemudian ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.


Oleh itu cara yang terbaik untuk menghindarkan gejala ini adalah dinasihatkan anda *meminum sup panas atau air suam selepas makan.*


*Kentang goreng dan burger*
adalah musuh terbesar kesihatan jantung kita. Anda memberikan lebih kuasa kepada syaitan ini.


Elakkan makanan ini demi kebaikan Jantung anda & Kesihatan.


Minum segelas *air suam* sewaktu hendak tidur untuk mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam (sewaktu tidur) dengan cara itu juga dapat mengelakkan daripada serangan jantung atau strok.


PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang membaca mesej ini menghantar kepada 10 orang, setidak-tidaknya kami akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa.


_*Jadi, sila menjadi teman sejati dan menghantar artikel ini kepada oran g yang anda hargai.*


Kredit : Group Wasap


Tarik Rezeki Guna Hukum Tarikan

Dengan menggunakan Hukum Tarikan dalam kehidupan anda, ia tidak memerlukan usaha yang banyak, malah tiada kos yang diperlukan. Pada hakikatnya, terdapat banyak perkara yang anda harus tahu untuk memulakannya dan ia akan memberi impak positif dalam kehidupan anda.

Berikut adalah tiga teknik asas dalam aplikasi Hukum Tarikan yang membolehkan anda mendapatkan hasil terbaik dalam hidup anda.



#1 – Bersikap Positif

Salah satu kaedah paling mudah di mana anda boleh memperbaiki kualiti apabila anda menggunakan Hukum Tarikan adalah dengan sentiasa mengekalkan penampilan positif.

Apabila anda mempunyai sikap positif terhadap kehidupan, terdapat peluang baik yang mana ia menarik orang-orang positif, kesan-kesan positif dan transformasi berlaku dalam kehidupan anda.

Walaupun jika peristiwa di dalam hidup anda nampak biasa saja, dengan mengekalkan sikap dan penampilan positif, ia boleh menuju ke arah transformasi diri yang anda inginkan.

Dalam kehidupan realiti, penampilan positif anda akan membuatkan anda bersedia untuk memberikan masa kepada perubahan. Sentiasa melihat sesuatu dengan cara terbaik,  maka ia membolehkan anda menjadi lebih baik dalam kehidupan ini, yang akan menunjukkan jalan ke arah situasi yang positif.

#2 – Visualisasi

Teknik penting yang lain adalah dengan melakukan visualisasi atau gambaran di dalam minda anda. Ia adalah penting di mana anda sebenarnya menggambarkan ke mana halatuju anda di dalam kehidupan anda.

Gambarkan diri anda mempunyai kerjaya yang hebat, memandu kereta mewah idaman, mempunyai kesihatan yang baik, bebas kewangan dan kemudian anda akan dapat kebolehan untuk menghasilkan apa yang anda perlukan untuk membolehkan semua gambaran itu menjadi milik anda sepenuhnya.

Anda tidak boleh mencapai matlamat anda melainkan anda sudah mempunyai idea tertentu yang anda ambil dan berusaha dengan konsisten ke arah halatuju anda yang membantu anda mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

#3- Saranan

Selalunya, kata-kata saranan boleh meningkatkan getaran energi diri anda yang membuatkan anda lebih bersemangat. Ini adalah kerana kata-kata tersebut telah tersemat di dalam minda anda dan menjadi kepercayaan baru anda.

Anda perlu mula dengan menulis apa yang anda inginkan dan sentiasa menyebutnya berulang-kali. Lebih banyak anda berkata dengan kuat dan sudah tentu impian anda akan datang kepada anda.

p/s : Ingin mengetahui cara yang lebih praktikal sila dowaload segera >>>>KLIK SINI

Kredit : http://www.irezwan.com/












Coretan Untuk Insan Bergelar Cikgu

Dalam bulan ini masih hangat dan terasa sambutan Hari Guru.Sebab itu Bro HB masih bersemangat untuk membuat perkongsian tersebut.Lagipun sumber dari grup wasap.Mudah,senang dan pantas.

Maaflah...

Untuk renungan bersama...

Pada saya cikgu-cikgu sentiasa menjadi mangsa keadaan...

Cikgu di caci orang x bising...
Cikgu di hina orang x bising....
Cikgu di herdik orang x bising...
Cikgu di pukul orang x bising...
Cikgu di saman orang x bising....

Niat cikgu sering disalah ertikan...
Cikgu korban duit untuk murid orang x pandang....

Cikgu korban masa untuk murid orang x pandang...

Cikgu korban tenaga untuk murid orang x pandang...

Cikgu korban rasa untuk murid orang x pandang....

Cikgu korban perasaan anak-anak dan keluarga untuk murid orang x pandang..
..
Cikgu buat segala kebaikan untuk murid orang x pandang....

Pengorbanan cikgu orang x pandang....

Niat cikgu sering di salah ertikan.....

Di sekolah, cikgu sentiasa ingatkan murid supaya
Sentiasa menghormati ibu bapa...

Sentiasa mengenang jasa ibu bapa....

Sentiasa menyayangi ibu bapa....
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa...

Jangan biadab dengan ibu bapa....

Jangan melawan ibu bapa...

Jangan derhaka pada ibu bapa...

Tapi berapa ramai ibu bapa yang ingatkan anak
Supaya hormati cikgu.....

Supaya mengenang jasa cikgu...

Supaya menyayangi cikgu...

Supaya tidak bercakap kasar dengan cikgu...

Supaya tidak biadap dengan cikgu...
Supaya tidak melawan cikgu...

Supaya tidak derhaka pada cikgu....

Gaji cikgu yang sering diungkit... 

Hadiah untuk cikgu yang sering diungkit...

Cuti cikgu yang sering diungkit....

Seorang dua cikgu yang buat silap, 

semua cikgu kena kutuk...

Seorang dua cikgu yang buat salah, semua cikgu kena hina...

Cikgu pun manusia biasa....

Orang yang bukan cikgu 
Tidak pernah memahami perasaan cikgu....

Tidak pernah memahami hati cikgu...

Orang x tahu...

bila tiba hari kejohanan sukan, cikgu kumpul duit untuk tampung beli makanan murid....


Bila tiba hari anugerah
kecemerlangan cikgu kumpul duit untuk tampung beli hadiah untuk murid cemerlang....

Bila dekat hari raya cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang x tahu,

Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yang bernilai 30 sen dari seorang murid yang miskin...

Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yang bernilai 50 sen dari seorang murid yang miskin..

Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang dari pelajar yg miskin...

Orang x tahu....

Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....

Wahai cikgu...
Biarkan apa orang nak kata...
Biarkan apa orang nak cerca...
Biarkan apa orang nak nista...
Biarkan apa orang nak hina...

Bukan pujian yang cikgu pinta...
Bukan sanjungan yang cikgu damba....
Bukan darjat yang cikgu puja..
Bukan hadiah yang cikgu paksa...

Serahlah saja pada yang Esa..
Sekali cikgu, selamanya cikgu..

Kepada sahabat-sahabatku yang bergelar cikgu...

SELAMAT HARI GURU

Terima kasih cikgu...

I'm proud to be a teacher...!

P/s : Jom baca blog http://mrhanafi.com


Mengapa Kurma Wajib Cuci Sebelum Dimakan

Info ini menarik yang Bro HB perolehi group wasap.


*Wanita Ini Kongsi Mengapa Kita Perlu Mencuci Kurma Terlebih Dulu Sebelum Dimakan, Ramai Yang Terus Makan Tanpa Dicuci*


Setiap kali bulan Ramadhan, buah kurma adalah antara makanan utama ketika untuk berbuka puasa. Selalunya apabila kita ingin makan buah kurma yang dibeli dari dalam kotak, kita akan terus memakannya tanpa membasuh kerana dianggap bersih, suci dan murni.


Satu perkongsian daripada Puan Habibah Badar Bajrai ini akan membuatkan korang semua akan mencucikan kurma dulu sebelum makan selepas ini.


Bapa saudara saya import sendiri buah kurma dari Madinah dan tidak menggunakan mana-mana orang tengah.


Jadi, beliau selalu pergi ke ladang-ladang dan ke kilang kurma. Isteri dia sentiasa mengikut bapa saudara saya itu, merangkap ibu saudara saya. Ibu saudara saya kata, kalaulah korang tengok macam mana diorang uruskan buah kurma, pasti korang tak akan sampai hati nak makan tanpa cuci.


Bukan cuci seperti cuci pinggan ye, cuci seperti lalukan air sahaja, sekurang-kurangnya habuk-habuk yang melekat pada buah kurma itu tanggal. Warna buah kurma pun nampak lagi cantik dan berseri.

Kurma tersebut bukan dipetik terus dimasukkan ke dalam kotak tapi dicampak tanpa belas kasihan dan tanpa perasaan ke atas tanah.


Saya tak mahu cerita banyak, nanti korang makan tak kenyang, mandi tak basah. Nanti siapa yang susah?


Sebelum makan, buah kurma perlu dijirus air dan kemudiannya di toskan. Tak perlu letakkan sabun dan syampu. Selepas itu keringkan dalam suhu  bilik sampai kurma berkenaan kering. jangan lupa tutupkan kerana bimbang akan dimasuki binatanag-binatang tertentu.


Kahwin Usia Muda Memang Best

Bro HB ada menerima dari  wasap tentang info kahwin muda.Macam best.Lalu Bro HB nak kongsikan dalam blog ini.Yalah kan daripada blog bersarang dan berhabuk.
         
       
 ''Oh , sebenarnya saya mahu share sesuatu daripada lecturer yang saya hormati .

Dalam kelas tadi , ada seorang sahabat bertanya , "Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar??" .

Jawapan doktor sangat menarik bagi saya .. Katanya , "Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar , akhlaknya bagus , pengurusan dirinya tersusun , hubungan dengan Allah terjaga , maka saya akan kahwinkan dia terus ..

 Lebih² lagi kalau satu kelas atau satu universiti .. Tapi , kalau anak perempuan saya yang minta nak kahwin tu , hidupnya dengan TV memanjang , akhlaknya entah ke mana , solatnya di hujung waktu , sudah tentu saya tak bagi"..

"Why?" .. Soal saya dalam hati .. Kemudian hati saya menjawab kembali , "Yela , maybe tak bersedia lagi la tu" .. Tapi ternyata jawapan doktor cukup berbeza ..

Katanya , "Kalau anak perempuan saya tu akhlak tak jaga , bangun tidur pun lewat dan saya pulak bagi dia kahwin , then what do you expect from her husband? A very good husband ke? Sedangkan janji Allah adalah lelaki yang BAIK adalah untuk perempuan yang BAIK .. Anak perempuan saya belum cukup baik , jadi saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baik" ..

Jawapan yang ringkas , tapi amat bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri .. Saya suka pendekatan Dr Ridhwan .

Antara tips lain yang saya berjaya kaut adalah pesanan doktor pada kami which is , "Lepas ni bila you all kahwin , ada isteri atau suami , then suami atau isteri you all buat masalah atau sakit , benda pertama yang you all kena buat adalah SOLAT TAUBAT ..

Sebab ape??

Sebab dosa kita , boleh jadi asbab isteri atau suami atau anak kita jadi nakal , tak dengar cakap orang dan sebagainya" .. REFLECTING .. That is the concept .. So , sebelum kita nak tuduh orang lain salah , better kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana .. Fuhhhhh !! Memang TERBAIK tips doktor !!!

  Share dan sebarkanlah agar ibu bapa dan rakan² anda membacanya !!! Tak salah kalau kita bermuhasabah untuk jadi much better kan 😉

 Wallahua'lam ..

Itu sahaja.Semoga bermanfaat.

Kredit : Group Whatsapp

12 Mei 2017

Rezeki oh Rezeki Di Mana Kau

Rezeki itu luas takrifannya. Untuk lebih mudah Bro HB kecikanl skop rezeki dalam bentuk duit.

Rezeki sama macam jodoh.Puas mencari tak jumpa. Ada masa banyak.Ada masa tak ada langsung.Masa tak ada langsung itulah dugaan dan cabaran tahap gaban kata orang sekarang.

kredit : akuislam.com

Berikut ialah konsep rezeki menurut Anuar Hj zahari yang Bro HB copy and paste dari grup wasap.Saje sebagai koleksi info dan ilmu dalam blog.

TENTANG REZEKI

Allah mengambil atau tarik rezeki dari kita dengan bermacam-macam cara. Tayar motor pancit, kereta rosak, duit dicuri orang,  ditipu kerana join bisnes itu ini,  ditipu join skim itu ini, dan lain-lain lagi. Itulah sebab-sebab rezeki ditarik yang hakikatnya ialah Allah yang menariknya dari kita.

Kadangkala kita berfikir soal rezeki dengan secara tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita merasa resah melihat orang lain.

Ingatlah bahawa REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kadang-kadang kita lupa..

Dapat mengerjakan solat adalah rezeki
Dapat luangkan masa menuntut ilmu agama adalah rezeki
Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
Kerja tak pressure pun rezeki..
Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

Jom fikir luasnya rezeki.

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

[Nota admin]

Mungkin rezeki dalam Fornula Income Seumur Hidup belum mengganas lagi.Kalau dah ada memamg power juga tu.

3 Mei 2017

Percaya Atau Tidak Info Ini

Berikut ialah info yang Bro HB perolehi dari grup wasap.Seronok untuk dibaca dan santai.

Jomlah baca sekali. Orang kata sharing is caring.

1-Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.

*2-Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.*

*3-Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.*

*4-Satu2 benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.*

*5-Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan menyala.*

*6-Kawasan yang mempunyai ibu tunggal yang boleh di percayai adalah di Janda Baik.*

*7-Tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi Kota Tinggi di Johor.*

*8-Burung tukang tidak boleh di harap untuk membuat rumah.*

*9-Selipar adalah panggilan yang betul sekiranya objek tersebut memiliki kedua-dua belah kiri dan kanan, penggunaan istilah Dualipar adalah salah dan tidak dibenarkan dalam Kamus Dewan.*

*10-Kakaktua tidak tahu yg dia sebenarnya saudara yg lebih tua dari adik2nya.*

*11-Kastam belum lagi menggunakan anjing laut untuk menghidu dan mengesan dadah.*

*12-Tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.*

*13-Kuda laut tidak boleh berlumba.*

*Sebab ada 10 perkara yg saya tahu tentang kamu...*

*1. Kamu pasti sedang baca status ini..*
*2. Kamu sememangnya manusia..*
*3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..*
*4. Kamu baru saja mencubanya..*
*6. Kamu sedang tersenyum sendirian..*
*7. Sampai kamu tidak sedar yg no.5 tidak ada di situ..*
*8. Kamu baru saja cek no.5..ya memang tidak ada di situ..*
*9. Kamu ketawa sambil tersenyum...*
*^Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan...*

*1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...*
*2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..*
*3. Kamu terus mencari perkataan "kawin"  yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..*
*4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA*
*Cuba kamu lihat wajah kamu ke cermin sekarang..*
*Wajah kamu kelihatan manis dan berseri sekali...*
*Apa lagi..*
*Hantar la pada kawan kamu agar mereka pun boleh ketawa seperti kamu...*

*```MEMBUAT ORG SENYUM ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN BERSEDEKAH...```*

*```#senyumseindahsuria```*
*```#senyumlahdarihati```*
*```#duniamuberseri```*

29 April 2017

Nak Tukar Nama Panggilan Yang Manja

Sebelum ini saya suka nama HB.Lama lama rasa tak suka pulak.Nama panggilan manja yang saya nak guna dalam artikel ini ialah Bro HB.


Macam mana cun tak?. Nak panggil tuan rasa macam official sangat. So cara terbaik panggil sahaja saya sebagai Bro HB yang merujuk kepada Mohd Hanafi Abdullah.

Bro HB adalah singkatan kepada Bro Hero Borneo.Jadi untuk lebih singkat dan mesra pembaca, Bro HB lebih bagus digunakan sebagai kata ganti nama.

Sungguhpun begitu Bro HB akan ditukar balik menjadi saya sekiranya ada penulisan yang lebih ilmiah.

Jadi penggunaan kata nama begini tujuannya untuk mencipta rasa mesra antara pembaca dengan penulis blog.

[Nota Bro HB]

Artikel ini ditulis menggunakan telefon sahaja.Laptop Bro HB terkena musibah.

Belum pasti bila boleh mendapat laptop yang baru atau laptop yang sedia ada kembali pulih.

Apa apapun doakan Bro HB murah rezeki agar kesulitan begini dapat diatasi segera.

Aamiin dan jumpa lagi.


28 April 2017

5 Sebab Saya Suka Blog Hasrulhassan.com

5 Sebab Saya Suka Blog Hasrulhassan.com….Blogger Hasrul Hassan antara blogger yang terawal saya kenal sejak tahun 2013 lagi.Kenal secara online sebab jarak menjadi pemisah kepada kami.Beliau di Semenanjung manakala saya di Sarawak

kredit : hasrulhassan.com

Berikut antara alasan paling menonjol,saya suka dengan blog hasrulhassan.com.Masing-masing ada sebab tersendiri untuk suka dengan blog orang lain.

1.Artikel yang sangat bermanfaat

Blogger Hasrul Hassan merupakan blogger yang pemurah dengan ilmu.Segala ilmu yang telah dipelajarinya ditulis dan dikongsikan dalam blog.Kadang-kadang saya hairan bin ajaib.Timbul dalam benak fikiran bagaimana seorang blogger sepenuh masa boleh mencurah ilmu secara percuma begitu sahaja.

Ebook yang berbayar dan seminar yang premium tak juga Blogger Hasrul Hassan buat untuk menjana pendapatan.Realitinya beliau layak untuk berbuat demikian.

Saya tabik spring dengan beliau.Bukan setakat tabik siap pakej doa semoga beliau sihat walfiat,murah rezeki dan terus istiqamah menulis dengan begitu baik dan berkualiti.

2.Penggunaan bahasa yang berkualiti.

Bunyinya macam membodek.Hakikatnya tidak.Itu adalah hakikat yang jelas dan nyata.Dengan penggunaan bahasa yang berkualiti sudah tentu ramai pembaca suka dan mudah faham.Ayat yang mantap dan pemilihan perkataan yang tepat sangat saya kagumi.

Sejujurnya memang saya tidak mampu berada ditahap tersebut.Biarlah saya menulis dengan santai,ayat pendek dan ringkas namun padat.Setiap blogger mempunyai gaya penulisan tersendiri.

Blogger mesti ada keunikan dan ‘DNA’ yang membezakan blogger sama ada baru menulis blog atau sudah lama dalam bidang ini.Saya boleh menilai perkara tersebut kerana pendedahkan sejak tahun 2013 lagi.Pendedahan yang saya perolehi dari tabiat blogwalking dari satu blog ke blog yang lain selama 4 tahun,

3.Template yang menakjubkan

Tidak semua blogger yang menitik beratkan template.Namun blog Hasrulhassan.com memberi tumpuan yang serius terhadap penampilan template.Dari dulu sehingga sekarang ini template beliau memang menakjubkan.Saya kagum dan saya terinspirasi dengan cara beliau.

Template yang menarik dan kemas memang menjadi kesukaan pembaca.Mereka boleh datang banyak kali dan akhirnya menjadi pembaca setia blog kita.Atas sebab itu blog Bro Hasrul Hassan mempunyai pageview mencecah jutaan.

4.Platform Blogger

Geng blogspot sesama blogspot memang kamceng.Begitu juga saya dengan blog yang dipaksikan dengan blogger.Kami berada di platform yang sama.Sungguhpun saya ada mempunyai satu lagi blog di Wordpress.com namun perasaan sayang saya dengan platform blogger.com sukar untuk dihilangkan.

Mahu tidak mahu saya berbini dua dengan blog.Dua-dua sayang.Jalan terbaik ambik sahaja keduanya sekali.Alamak mana pulak cerita blog hasrulhassan.com.Saje je nak buat promosi basi tentang berbini dua ini dalam artikel.

Platform yang sama menjadikan saya suka dengan blog beliau.KIta geng dan kita serupa.Persamaan begini juga dituntut dalam kehidupan diluar.Geng kaki masjid senang lagi bergaul sesama mereka berbanding pergaulan dengan kaki kelab malam.(minta maaf kalau tersentap)

5.Kerap kemaskini blog

Saya cuma perasan Bro Hasrul Hassan kemaskini 3 kali sehari.Banyak arttikel yang terbaharu tidak sempat saya baca.Faham sahajalah kerana saya tidak cukup masa akibat promosi Formula Income Seumur Hidup.

Dengan selalu kemaskini blog maka banyak lagi artikel berlegar pada halaman carian Google.Jika kita pergi restoran,yang banyak menu tentulah lebiih seronok berbanding menu yang terhad.

Tentu logikkan kalau saya suka blog beliau.Saya suka maka pembaca lagilah suka.Mereka boleh memperolehi maklumat dan ilmu sebanyak yang mungkin dalam blognya.

Bonus

Ada satu artikel yang menarik perhatian saya dalam blog beliau.Banyak sebenarnya.Buat masa yang terdekat saya memilih artikel bertajuk How To Make Money From Blogging With Affiliate Marketing

Tajuk memang berbahasa Inggeris namun isinnya adalah berbahasa Melayu.Dalam artikel tersebut diterangkan cara memilih pihak yang boleh dipercayai untuk kita berganding bahu menjalan bisnes affiliate.

{sekilas pandang}

Jadi saya tidak hairan mengapa blog hasrulhasan.com menjadi tumpuan dan perhatian pembaca online.

Feel seorang blogger telah berjaya dipindahkan memyebabkan arikel yang terhasilkan ada USP of quality

Senang cerita,blog hasrulhassan.com ada jenama dan trademark yang boleh dikomersial.

26 April 2017

Cara KFC Simpan Rahsia Resepi Asli

Cara KFC Simpan Rahsia Resepi Asli..KFC merupakan satu syarikat antarabangsa yang menjalankan bisnes restoran francais diseluruh dunia.Hampir semua rakyat Malaysa pernah makan ayam dan produk KFC.Sudah tentunya rasanya sehingga menjilat jadi.

kredit : imej Google

Tahu tak kita semua rahsia resepi asli mereka.Memanglah kita tidak akan tahu kerana resepi asli KFC disimpan dengan cara sangat ketat dan komplikated di seluruh dunia.Resepi asli tersebut ditulis oleh Pengasasnya Kolonel Sanders atas sekeping kertas yang sudah lusuh kerana peredaran zaman.

Ia mengandungi 11 jenis tumbuhan dan rempah ratus yang lengkap dengan sukatan yang tersendiri.Tulisannya menggunakan pensel dan ada ditandangani sendiri oleh Kolonel Sandes.Contoh tanaman dan rempah ratus diletakkan dalam botol kecil yang hanya ada bau khas untuk mengenalinya.

Resepi tersebut telah dikembangkan secara komersial pada tahun 1940 di restoren  kecil oleh pengasas sendiri di tenggara Kentucky.Di situlah bernulanya nama Kentucky Fried Chicken atau KFC.

KFC sebagai restoran francais seluruh dunia

Pada awal 1950-an resepi tersebut dijadikan standard bagi jaringan restoren KFC.Kini lebih dikenali sebagai francais.Pada tahun 1980,Kolonel Sanders telah meninggal dunia tetapi meninggalkan juga legasi perniagaan yang bernilai berbilion ringgit setiap tahun kepada pewarisnnya.

Siapa yang mengaku cucu Kolonel boleh la saya minta diskaun makan KFC seumur hidup.Bunyinya macam Formula Income Seumur Hidup .sama tetapi tak serupa.

oh ya.Jauh juga saya melencong.Cara KFC simpan rahsia resepi asli memang bersismatik dan terbaik.Tempatnya berada ibu pejabat iaitu 1441 Gardiner Lane, Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat.Ruang penyimpan resepi tersebut hanya boleh dimasuki oleh dua orang pekerja KFC sahaja dalam satu masa.Nama mereka turut dirahsiakan termasuk segala maklumaat yang berada dalam stor tersebut.

gambar dari Google

Pembekal herba dan tanaman  untuk resepi KFC sangat ramai.Setiap pembekal hanya tahu sebahagian sahaja.Mereka tidak akan tahu keseluruhan ramuan dan sukatan yang sebenarnya.

Gagal ditiru oleh oramg lain

Ramai yang cuba untuk meniru resepi asli KFC namun gagal menyamai rasa yang sebenar.Mereka juga mendakwa menemui salinan resepi tersebut tetapi rasanya tetap lain.Maksudnya sehingga ke hari ini rahsia resepi asli KFC tetap terpelihara demi menjaga kelangsungan jenama tersebut.

[nota admin]

Sudah tentu kita tidak perlu meniru resepi ayam KFC namun cara dan sistem mereka boleh kita tiru.Mereka berjaya kerana menjaga kualiti,perkhidmatan yang standard dan sistem pengurusan yang efisien.

Sebab itu juga Formula Income Seumur Hidup dijaga privasi dan keunggulan dengan hanya diserahkan kepada mereka yang benar-benar nak berjaya menjana pendapatan.Buat macam KFC yang boleh menjana pendapatan pasif.Kita tidak bekerja lagi tetapi pendapatan tetap berjalan seperti biasa.

Untuk mendapatkan rahsia formula tersebut jangan takut dan jangan berfikir dua kali untuk mendapatkannya di >>>>SINI

25 April 2017

Pelancaran Formula Income Seumur Hidup

Pelancaran Formula Income Seumur Hidup...Sejak beberapa hari yang lepas saya telah menumpukan perhatian kepada formula ini.Saya yakin ini adalah satu formula yang praktikal kerana dicipta oleh insan hebat dalam dunia online iaitu Tuan Zamri Nanyan dan rakannya Tuan Razif Yusof.


Formula yang akan didedahkan ini sangat berharga dan bernilai dalam membantu masyarakat menambah pendapatan yang konsisten setiap bulan.Sungguh rugi jika tidak sanggup mengeluarkan sedikit duit untuk mempelajarinya.


Apa yang cuba saya paparkkan di sini untuk membuktikan bahawa formula ini bukan scammer atau cakap kosong semata-mata.Ianya adalah realiti dan semakin hangat diperkatakan selepas ini.


Sekiranya anda rasa sangat perlu untuk mengubah hidup iini dari tiada apa-apa menjadi luarbiasa,menyenangkan dan terbaik untuk keluarga maka lakukan tindakan pantas hari ini.

Saya tidak memberi jaminan berapa lama produk ini dikeluarkan dalam pasaran.Bila-bila masa boleh ditutup penjualan jika kouta sudah dipenuhi.



Semuanya bergantung kepada pemilik produk FISH.Apa yang perlu anda lakukan buat tindakan nekad dan berani.Jaminan mereka, wang akan dipulangkan jika anda tidak berpuas hati.

Akhir kata jom dapatkan segera Formula Income Seumur Hidup ini di >> SAYA BERMINAT